SISTEM eKURSUS PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)

Sistem ini adalah untuk pendaftaran kursus/latihan bagi meningkatkan kapasiti kemahiran

kontraktor-kontraktor Bumiputera dan usahawan binaan Bumiputera dalam sektor pembinaan.


PENGENALAN

    1. Mengenai e-Kursus
  • Merupakan sistem bagi pendaftaran kursus/latihan untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera dan usahawan binaan Bumiputera bagi meningkatkan kapasiti kemahiran mereka dalam bidang-bidang berkaitan sektor pembinaan disamping melahirkan ahli industri yang cekap, professional dan berdaya saing.
  • Untuk makluman, bermula tahun 2017, semua kontraktor Bumiputera yang ingin mendaftar baru Sijil Taraf Bumiputera (STB), perlu menjalani Kursus Asas Taraf Bumiputera (ATB) yang dianjurkan oleh PKK. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kontraktor ke atas syarat-syarat taraf bumiputera dan sebagai tambah nilai ke atas sikap kontraktor agar lebih menghargai projek yang telah ditawarkan.
  • Surat Arahan BPKU Bil.1/2020 Perkara (4.11) semua syarikat yang telah mendapat penarafan Bumiputera perlu menghadiri kursus anjuran PKK sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sah laku STB bagi melayakkan syarikat melakukan pembaharuan berikutnya bermula 1 Januari 2020.
  • Kursus kursus anjuran BPKU adalah PERCUMA kepada semua kontraktor & usahawan binaan Bumiputera